penyokong. (sokonglah rusa!)
Tuesday, October 23, 2012
Manisnya Istiqamah..
Allah je yang tahu apa aku rasa masa tengok gambar sorang membe ni. nak menangis pun ada.
mana tak nya. dulu, dia stylo kot, ikut peredaran fesyen without failed. serius. and aku selalu kutuk dia dalam hati. aku kata, "ceh macam la hot sangat pakai macam tu." , "umph macam la muka kau boleh jadi cantik dengan bibir merah2, pipi merah2, mata kaler2." dan seumpamanya.
hari ni, Allah nak tunjuk, hidayah tu datang kepada orang yang mencari dan kepada orang yang dikehendaki. and PUFF! aku sendiri malu dengan diri sendiri.
aku yang masih cuba memperbaiki dir sendiri, yang dah bertahun-tahun lamanya mencuba, sedangkan aku hanya berganjak seinci dari dari diri aku yang dahulu, aku sangat tegar mengutuk orang yang kononnya lebih hina dari aku.
dan akhirnya, batang hidung aku sakit sebab aku terjentik batang hidung sendiri bilamana aku tengok membe yang aku sangsi terhadap hidayah Allah akan sampai kepadanya, telah terlebih dahulu di-embraced oleh kasih sayang Allah. dia sudah berubah. berubah jauh lebih baik dari aku yang bertahun-tahun mencuba. berganjak seribu batu dari diri dia yang dahulu.
dan aku sangat-sangat terkesan dengan kejahilan diri sendiri yang memandang orang lain sebagai hina dari aku, sedangkan aku tak tahu apa yang Allah sembunyikan dan apa yang Allah sediakan untuk dia mahupun aku.
dan serius, dia istiqamah. macam mana aku nak jadi macam tu..aku ni tak tentu masa turun naiknya. selalu lupa diri.
dan lagi yang aku kagum, dia tinggalkan terus arus fesyen dia. no more stylo stylish, and even pun nak stylish, still terjaga aib dia. how? how to do that? macam mana nak get rid baju cantik2 yang dia ada dalam closet tu? macam mana dia tegar buat macam tu?
"Kalau kita tinggalkan baju-baju cantik di dunia kerana Allah, maka Allah akan memanggil kita di hadapan semua orang di hari kiamat nanti, dan Allah akan suruh kita pilih baju-baju yang indah dari baju-baju orang yang beriman."
mungkin itu yan inspires dia. ayuh hidayah. nama tu sangat ironi kalau hidayah tak cuba mencari hidayah di sebalik nama.
. . .
Sunday, October 14, 2012
Salah Faham
minggu belakangan ni, dalam kelas asyik kena fire. kena fire dengan lecturer, lepas tu classmate sambung fire sekali. and of course, bukan di-fire secara individu, tapi secara berkumpulan.
ada satu masa tu, time lecture, tapi tengah take 5, lecturer tiba-tiba bukak cerita pasal kahwin.
FYI, leturer tu perempuan, dan sudah berkahwin.
"saya pelik betul orang yang nak kahwin zaman sekarang. sanggup buat loan sebab nak kahwin. hari tu, somebody yang saya kenal, terkejut saya dia buat loan sebab nak kahwin."
mcm tu la lebih kurang bunyinye.
"so, saya nak nasihatkanlah perempuan-perempuan dalam kelas ni, janganlah letak hantaran tinggi-tinggi sampai bakal suami kena buat loan kahwin. dah kahwin nanti, awak sama-sama dengan dia jugak tanggung hutang. nak lari mana."
fact yang dikongsi oleh lecturer tu memang betul, except satu perkara.
"...saya nak nasihatkanlah perempuan-perempuan dalam kelas ni, janganlah letak hantaran tinggi-tinggi..."
pause di situ. aii lecturer yang satu ni. masa lecturer saya ni kahwin, mungkin dia yang tetapkan hantaran.
hantaran tu luar bidang kuasa bakal isteri. bab-bab rundingan ni semua tertakluk dalam kuasa wakil perempuan, diulangi, wakil perempuan. bakal isteri tak dapat nak bangkang sangat sebab selalunya wakil perempuan ni terdiri dari bapa dan mak saudara.
eh, kenapa tak boleh bangkang? siapa nak kahwin sekarang?
betul la tu, siapa yang nak kahwin ni, sampai orang lain nak tetapkan semua. memanglah perempuan tu yang nak kahwin, tapi siapa yang nak tolong-tolong masa kenduri kalau bukan bapa dan mak saudara? kalau perempuan buat kepala sendiri, nanti bapa dan mak saudara mesti mengungkit "itulah, cakap orang taknak dengar. sekarang kan dah susah. itu tak ukup, ini tak ada..bla...bla.."
sakit tak jiwa kalau kena bebel macam tu? macam "pap!" semua kesalahan kat bahu kau sebab taknak dengar cakap orang.
tapi, semua orang tak faham benda tu. budak-budak lelaki dalam kelas semua mengiyakan apa lecturer cakap. iyala, orang cakap benda yang menyenangkan diorang, memanglah suka. ah tapi diorang semua budak-budak, tak matang. tahu nak kahwin free je.
sepatutnya, yang laki-laki ni tak boleh salahkan bakal isteri 100% kalau tetiba dengar nilai hantaran yang sangat-sangat tinggi. nilai hantaran tu di luar bidang kuasa bakal isteri. bakal isteri pun kalau boleh nak rendah, so that lepas majlis takde la nak makan pasir. tapi, suara bakal isteri pun tak didengari bapa dan mak saudara, apetah lagi suara lelaki ni.
lepas tu, ada lecturer lain pulak cakap pasal kahwin. tapi cerita dia interesting sikit.
lecturer sy pernah berjumpa tok imam masjid, dan setelah ber-intro, tok imam membuka satu cerita.
"suatu hari tu, seorang lelaki datang kpd sy untuk mintak tanda tangan pengesahan dia masih bujang sebab lelaki tu baru nak berkahwin. mula-mula sy agak berat nak sain, sebab sy memang payah benar nak tengok lelaki tu ke masjid. tup tup datang jumpa sy, mintak pengesahan."
"tapi,
sy sainkan jugak sebab sy nak mudahkan urusan pernikahan dia. besar
pahala orang yang memudahkan orang mendirikan masjid. dan BESAR JUGA
DOSA ORANG YANG MENYUSAHKAN orang yang nak mendirikan masjid."
jadinya, lecturer sy mengingatkan kami agar janganlah menyusahkan orang yang nak berkahwin.
jadinya, lecturer sy mengingatkan kami agar janganlah menyusahkan orang yang nak berkahwin.
lepas tu, budak-budak lelaki tak matang dalam kelas kami semua menuding jari ke kami dan mengatakan "haa perempuan la yang letak hantaran tinggi-tinggi. kan dah menyusahkan tu."
pembetulan. bukan perempuan. pihak perempuan. perempuan tak ada kuasa...alahai, bilalah korang nak faham. stop blaming the brides please.
jadinya, untuk generasi akan datang, di mana generasi kita ni akan jadi makcik2 dan pakcik2 kepada anak saudara perempuan, marilah kita memudahkan pernikahan anak saudara kita supaya kita dapat pahala besar, instead of letak hantaran tinggi-tinggi, menyusahkan pihak lelaki, at the end of the day anak saudara kita makan pasir, kita pun dapat dosa yang besar. ayuh.
. . .
Thursday, September 6, 2012
Penyakit Perempuan
izinkan saya nak quote satu dua ayat dalam perkataan sendiri :
"Rindu itu lebih indah jika sang kekasih saling mengingati dalam doa masing-masing."
nak lagi?
"saya tak perlukan cerita cinta seindah romeo&juliet, atau uda&dara yang direka oleh seorang manusia. saya pasti ALLAH dah rekakan cerita cinta saya sendiri yang lebih indah."
ok dah muak.
ini penyakit yang aku dah pernah terjebak sikit lima enam bulan lepas. entah tang mana aku nampak ayat2 ni sangat inspirational dan sangat best.
tak abes2 erita pasal "kamu imam, saya makmum"
aish. tolonglah. share benda2 macam ni tak menaikkan nilai seorang gadis ke satu tahap lebih tinggi pun. serius.
kalau tengok secara halus, ini salah satu cara nak promote diri. err, mungkin tak salah kot nak promote "saya masih single dan bersedia untuk menikah" tapi secara public? err...
benda, tak ubah macam budak remaja orang putih yang desperate nak boyfriend. cuba tengok balik, ada beza tak antara kita dengan mereka.
diorang tend to get a boyfriend sebab orang sekeliling diorang ada boyfriend. yang orang kita pulak, tend to get a husband just because kita lihat kawan2 kita ramai yang dah tunang, dah kahwin. so kita rasa macam bertunang dan ber-husband tu satu trend utk bebudak lewat belasan tahun dan awal 20-an sebab nampak sangat sweet. wadehek sebenarnye.
jadinye, kalau saya nak menyeru pun, nak seru kat siapa plak. seru kat diri sendiri je la. baiklah, saya menyeru kepada diri sendiri, janganlah terbabit menyebarkan quote2 yang membuai hati macam ni. memanglah kita baca nampak indah, nampak macam kita budak baik, budak baik yang bersedia pikul tanggungjawab sebagai isteri (wadehek?) tapi channel tak betul la sebenarnya kan.
kalau nak tahu channel tu betul ke tak sebenarnya, kita ambik satu role model yang betul2 kita yakin dengan iman dia, akidah dia semua. ada tak dia buat macam ni? kot iya pun ada mungkin terjemahannya lain sikit. macam ni la kot:
sebab, so far orang2 yang aku respect agamanya takde nak post2 pasal benda lagha tu. ha yes, benda tu lagha sebab ia melalaikan hati kita dan orang lain.
akan tetapi, semua bergantung kat niat. kalau ia sekadar nak bagi inspirasi kat orang2 luar yang konon2 tengah frust, ok la kot. tapi kalau setakat bagi inspirasi kat diri sendiri, better simpan sendiri je kot. orang tengok pun meluat (terutama orang2 yang minat cerita2 filem yang romantik tuh)
dan, kalau iyela utk inspirasi orang, post la kat orang tu secara peribadi.
sesungguhnya, saya memandang negatif terhadap perkongsian quote2 sebegini. tolonglah, plis, sekali lagi, menyebarkan quote2 macam ni tak menampakkan kamu sebagai seorang gadis yang baik pun. lebih nampak desperate ade. ha kalau dah desperate, baik ke maknanya?
kalau nak doakan boyfriend, doakanlah senyap2. tak payah bagitahu kengkawan kat facebook.
kalau nak cerita cinta yang lagi hebat dari harry potter (eh?) mintaklah kat ALLAH senyap2. tak payah hebah kat facebook.
kalau nak carik imam, suruhlah mak bapak carikkan. tak payah iklan kat facebook.
akhir kalam. saya pun buat peringatan kat diri sendiri. sebenarnya, mungkin asal usul quote2 tu semua berasal dari orang2 yang hebat2 agamanya sebagai peringatan jangan terlalu taksub dgn filem atau drama, jangan terlalu kecewa ditinggalkan kekasih, jangan putus asa carik jodoh, tapi kita yang jahil tersalah guna dengan membuatkan diri sendiri terbuai buai...
saya yang tak profesional ingin mengundur diri.
. . .
Thursday, August 16, 2012
Sebelum Lebaran
tetiap kali aku nak parking kereta kat laman rumah, mesti ada je sekor dua kucing aku nak melintas la, menjalar tengah2 jalan aku la. tapi selalunya memang aku perasan. aku berhenti dulu, halau2 manja baru aku teruskan kerja memarkir kereta.
malam 28 Ramadhan 1433 Hijrah. dah jadi rutin, pukul 8 malam je aku keluar nak ambik adik2 aku kat pekan yang kerja kat bazar. kereta, aku drive.
malam ni pun aku gerak macam biasa. tak ada benda luar biasa pun rasanya.
balik tu, sampai depan rumah, aku berhenti kejap. clutch aku tekan, pastu mintak mamat masuk gear satu. aku potong ke kanan. tapi takde la aku tengok ada ke anak babi ke, siput ke, kura-kura ataupun kucing aku yang menghalang jalan aku.
aku dengan yakin masuk laman rumah. dalam dua tiga meter lepas kereta maju ke depan, aku macam terasa tayar kereta melanyak something. ah buat tak tahu je la sebab depan rumah aku pun banyak batu.
lepas tu adik2 aku keluar kereta, terus naik rumah. aku keluar kereta paling last.
masa nak melangkah naik, tetiba dengar kucing mengiau2. bunyi macam kucing miang nak mengawan. memula aku nak biarkan je, tapi aku toleh gak kat arah bunyi mengiau tu.
nampak sekor kucing sederhana besar, ekor panjang tengah baring2 atas pasir. macam kucing aku. lepas tu adik aku turun balik dari rumah, terus lompat longkang nak p tengok tu kuing siapa. aku pun join sekali.
tengok dekat2, masya ALLAH nak gugur jantung tengok kucing aku. mengeliat2 macam baru termakan racun.
aku mula rasa bersalah. entah2 aku yang langgar tadi. aku pun mula nangis tak tentu arah.
pastu mak aku turun. "Apesal kau langgar kak?" mak tanya aku.
panas jugak aku kena tanya dengan soalan tu. "Mana orang tahu. Kalau orang tahu takde la orang langgar," aku jawab dengan penuh perasaan.
pastu kaji punya kaji badan kucing yang dah nampak timbul2 dengan tulang patah tu, nampak abdomen dia macam kena hentak. kalau kena langgar atau lanyak dengan tayar kereta. aku yakin 100% tulang dia takkan timbul2 macam tu. konfem remuk.
dia nak jugak bergerak2. kaki belakang dia dua2 lumpuh terus. memang tak nampak nyawa dah kat kaki belakang dia. mata buntang, macam tengah sakit sangat. sampai keluar tahi la dia punya sakit.
dua tiga kali, dia melenting. macam refleksi kesakitan yang buat dia melompat. tuhan je yang tahu sakit dia tu.
tengah2 tengok dia bertarung nyawa, datang plak cina depan rumah sambil berkata "itu bukan kucing." ok cina ni memang bikin panas. kucing aku tak kacau hidup kau pun, untunglah kau hidup lama pastu sempat seksa kucing. untung sangat.
tapi aku tak ada hati nak menjawab ke dia.
aku tenung je kucing aku sambil meleleh2 la air mata. ces, beria macam orang nak kematian anak. tapi serius la, first time aku tengok kucing terseksa macam tu secara live. tak ke kesian?
dua tiga minit lepas cina tu blah, adik aku kata "mak, dah takde dah"
aku macam tersentak. memag dah tak berombak dah badan dia. redha je la. memang aku pun tak tahu nak buat apa kalau dia bernyawa sepanjang malam pun. nak bawak ke veterinar, malam tu memang tak ada yang bukak pun. tak lama lepas dia putus nafas, azan isyak plak. peh, macam sayu gila plak. drama betul.
dah mati, tanam. tu je mampu buat. adik aku jugak lah yang jadi si penggali kubur.
naik atas rumah, ok dah, lagi berasap. baik tak payah cerita.
. . .
Wednesday, February 22, 2012
BIla Lagi..
Umur aku baru naik satu angka haritu.
Sempena naik satu angka aku buat resolusi baru dalam hidup.
Aku nak jadi anak yang baik.
Tapi macam mana?
Less talking back, less rude, less arrogant, less ego.
. . .
Sempena naik satu angka aku buat resolusi baru dalam hidup.
Aku nak jadi anak yang baik.
Tapi macam mana?
Less talking back, less rude, less arrogant, less ego.
. . .
Monday, February 20, 2012
Pregnancy Test
deng! hujan. kuyup moto LC 4 lejang abang aku yang senget ter-parking kat depan farmasi ni. hujan tak nak lebat lagi. ah takpe, suare comel hati aku berkata. balik lambat lagi. aku tinggalkan awan merembeskan hujan sambil aku khatamkan novel Fiksyen 302, satu lagi novel thriller hasil nukilan ramlee awang mursyid yang bertemakan pembunuhan kejam yang melibatkan seorang psikopatik dan sosiopatik.....ok dah cukup la sampai situ kau punya sinopsis.
masuk seorang kakak ke dalam farmasi. ok bukan kakak. ira name die sebaya aku. dah kawen, ade anak sorang. ok thanks.
"pregnancy test satu" ira mintak tanpa segan silu.
"wei, dina nak dapat adik la tu.." aku memancing undi.
"tak la. adik aku punye ni" aku telan air liur. senyap dah.
keluar ira, masuk sorang kakak (kali ni bebetul kakak).
"pregnancy test" kakak tu mintak. sekali dua dia nak. amboih. kakak tu bayar, kakak tu blah. dah takde ape yang menarik.
masuk lagi satu kakek (kakak sebenarnye).
"preganancy test" kakk tu mintak terus kat aku.
"satu?" aku bertanye. die angguk.
aku bawak ke dia. "nak plastik?" aku tanye penuh hemah dgn harapan die kate taknak memandangkan die beli satu barang je, jadinye aku pikir die nak terus masuk kat dalam handbag die.
"nak" deng! apasal kau nak ha kakek?!
aku masukkan bungkusan pregnancy test ke dalam plastik air lima puluh sen yang ade tangkai kat atas die tu. ala yang jernih tu la.
selesai urusan jual beli lepas membayar harge pregnancy test, aku ke mesin duit pastu aku usha kakek tu.
kat tangan die takde plastik beg. dan aku konklusikan die letakkan pregnancy test berbungkus plastik beg air lime posen yang jernih tu kat dalam handbag die. deng!
"woman, Y U want a plastic bag?"
p/s : hari ni je aku terime 3 customers yang mintak pregnancy test berturut-turut. aku plak yang gembira bagai menimang cucu angkat
.

Sunday, February 19, 2012
Biar Siapa Pun Mak Abah Kita..
Masa sekolah rendah, mak aje lah satu-satunya fashion idol kite. abah aje lah satu-satunya hero kite.
Naik sekolah menengah, mak abah dah mula diketepikan. kawan-kawan start main peranan. mak terlalu old skool, abah pulak terlalu strict untuk jiwa remaja.
Naik lagi setingkat, kekadang ada yang makin binatang dari masa sekolah menengah. tapi ada jugak yang makin kenal hati seorang emak dan abah. hihi.
ABAH.
abah tu, hidup dia matlamat dia cuma satu. dia nak tengok anak-anak hidup. kalau mati anak dia, dia pun tak tau nak hidup macam mana.
kalaulah abah tu dah hilang semua macam sebab untuk terus bertahan kat dunia, hanya anak-anak dia yang jadi alasan untuk membuka mata, sekalipun anak-anak dia dah jauh ke apa. sebab dia percaya, kot anak dia nak balik satu hari nanti, mesti anak dia menangis teresak-esak sambil terkilan kalau dia tutup mata - itu yang dia percaya, walaupun dia mungkin tahu anak dia tak macam tu.
tapi cerita untuk abah ni tak banyak. sebabnya, batang hidung abah dah mula tak kelihatan sejak subuh, dan hanya kelihatan bila matahari dah nak start tido. ayat mak pasal abah yang paling terngiang ngiang "abah kau tu, subuh-subuh dah keluar carik rozoki. kang bilo matahari dah tonggolam baru balik. poie kojo tak nampak matahari, balik kojo tak nampak matahari. yang engkorang duduk rumah, asyekkkk nak bocokau." kata mak aku tetiap kali aku dan adik-beradik berkelahi. hihi keramat sangat ayat tu.
tak kisah la abah aku tu dulu baik sekarang tak baik. dulu tak baik, sekarang baik. tapi itulah abah yang pernah datang kat asrama sekolah aku, jemput aku balik. datang asrama tetiap minggu, nak isi tekak aku, nak bagi duit belanja seminggu. walaupun ada satu masa tu aku kecik hati sebab abah tak datang masa sain report card aku yang ternyata cemerlang gemilang terbilang atas alasan kerja, tapi itulah jugak abah aku yang masih datang setiap minggu, naik kereta corolla yang hampir barai tu ke, naik motor honda wave bernombor plat NBR tu ke, waima naik lori gas pun. cuma aku je kadang-kadang malu macam tu. tapi itulah abah.
EMAK.
emak aku ni, pelik orangnya. masa tengah sarat mengandung adik aku nombo 7 dgn 8 (bukan kembar), punyalah gagah menarik buluh buat pagar, gali lubang nak tanam pisanglah, tarik lembulah, tebang pisanglah, macam-macam hal lah mak aku buat.
ada satu masa tu, kemas-kemas bilik. aku longgokkan baju-baju yang dah kecik yang dah tak muat yang dah tak pakai kat satu tempat. senang nanti nak kumpul, letak dalam plastik sampah, campak terus. tiba mak aku datang, suruh simpan baju tu. padahal memang tak ada siapa dah nak guna. mak aku kata, nak buat kain buruk.
itu ok lagi. yang tak menahan, sampul duit raya. mak aku selalu pesan "koyak elok-elok, nanti boleh guna balik" aku masa kecik-kecik seronok la berbakti kat emak dengan memberi beliau sampul duit raya terpakai. tiba satu insiden, mak aku tercari-cari sampul duit raya terpakai yang beliau simpan. terlebih simpan pun tak guna jugak la kan, last-last memang tak berpakai. sejak tu, aku koyakkan sepenuh hati sampul duit raya depan-depan mak aku. hihi, derhaka kot.
dulu punya mak, garang tak ingat. keluar main pukul 6, balik main sebelum pukul 7. memang patuh gila, takut la kot kena sebat. itu masa duduk seremban, kawan-kawan pun tak ramai duduk dekat-dekat.
masa pindah jelebu, kengkawan semua keliling taman. dekat-dekat. mak pun garang macam dulu jugak. tapi, abang-abang aku rilek je pun menyusup keluar rumah tengah-tengah hari buta. ada tu pulak, konon pegi sekolah, padahal pegi mandi sungai la, mancing la. lepas tu balik pun rilek, takde pulak kena sebat. padahal mak tiap-tiap hari warning "kau langkah keluar pintu, den ghempah" tapi lepas tu get ready bukak mahkamah dengan abah la. hihi, padan muka.
mula dari adik aku nombor 5 ke 6 ntah, mak aku kurang menyebat. tiba kat adik aku yang last ni, sampai ke besar pulak tido bawah ketiak.
ada satu masa tu, adik aku ni malas nak ke sekolah petang. dia duk buat rilek je kat kerusi datanglah mak aku bersama botol air mineral kecik tu, dengan muka konon garang, nak boba adik aku tu. dihayun-hayunkan botol tu kat kaki adik aku sikit. aku tengok, bantai tergelak. apelah budak tu nak takut kalo setakat hayun-hayun camtu.
tak kisah la mak aku dulu garang ke, sekarang tak ke, itulah mak aku yang akan merah matanya setiap kali aku nak balik asrama.
entry ini di-adjust tarikhnya untuk satu hari yg spesel sikit. sebab tanpa mak abah, tarikh tu takkan jadi tarikh spesel.
last but not least, memang bukan semua parents tu baik. tapi sebagai anak kita wajib berlaku baik kat parents. jangan sebab derhaka, ibadah seribu tahun kita sia-sia. - terima kasih nurul hadhinah mahayudin :)

Wednesday, February 15, 2012
Valentino's Time Dah Lepas Bro..
pelik betul manusia. kata "i don't give a damn about v-day..." tapi buat satu entry penuh dgn hal-hal v-day. kata don't give a damn?
aminah selamat dilahirkan tanggal 14 febuari. aiseh apasal aku rasa cam aku eja febuari tu salah?
selamat hari jadi aminah :)
| ||||
| dipetik dari facebook aminah. |
p/s : valentine's day haram diraikan oleh orang yg mengaku islam kerana hari tersebut diraikan demi memperingati st. valentine (seorang paderi) yg mati dihukum bunuh (atas sbb2 berkaitan kasih sayang). lagipun, hari kekasih? hari untuk menghalalkan kekasih? pelik ah siot...
p/s lagi : kalau banned v-day, buat entry mcm aku. ni tak, satu page habis pasal v-day padahal kopipes dari wiki. wadafak la meleis?
p/s lagi sekali : jadikanlah setiap hari adalah hari berkasih sayang yang diredhai ALLAH SWT...
. . .
Sunday, February 12, 2012
Welcome, New Comers...
nak penuhkan post ni dgn gamba. let the photos do the talking. eceh. tapi nak jugak buat perenggan panjang2 macam dalam SPM.
pada suatu petang yang nyaman.
kedengaran sedikit riuh di bawah rumah dgn tiba-tiba.
oh abang aku balik bersama isterinya rupanya.
biarlah, bukan benda baru dan menarik pun. huahuahua.
tak lama lepas abang aku naik rumah, kedengaran riuh di dapur pula.
maka aku menapak ke dapur.
jeng jeng jeng..
daku nampak ini

![]() |
| Adan the Second dan Adan Junior |
![]() |
| perasan tak pose ni sama dgn pose adan kat sidebar? inilah adan the second. |
![]() |
| adan junior (dipanggil J.R) yang gemuk sikit |
and not forgotten,
TAM
"After all this time?"
-"Always.."
Subscribe to:
Posts (Atom)