penyokong. (sokonglah rusa!)

Thursday, February 28, 2013

Mak, Orang Dah Kene..



Mak, orang dah kene.

Hah?! Kono apo?! mak cik yah bersuara menggelabah.

Ni haa... sambil tunjuk tempat seperti dalam gambar.

iaitu foil yang selalu digunakan untuk melapik dinding dinding dapur dan juga bawah dapur untuk mengelakkan hal hal yang tal diingini seperti kebakaran, atau kekotoran.

nota : tepi foil hendaklah dikemaskan kerana dikhuatiri akan melukakan.

dan iye, maksud cik yah pasal orang dah kene tu ialah jari dah terkena kat situ dan terkuyak sikit. tapi yang tak boleh ingatnye, reaksi mak cik yah. sweet sangat tau. hik.




Tuesday, February 26, 2013

BR-satu-M

mano nak parking ni, mak?

nota : penggunaan yg betul ialah park, bukan parking.

parking la kek dalam nu. banyak kosong lagie.

dan iya. cik yah nampak banyak kosong. cik yah membelok kereta ke dalam gate dewan orang ramai titi tu.

cik yah drive sepanjang deretan kereta yg memarkir. sampai ke hujung laman. penuh. takde satu laluan untuk ke space kosong.

deng. sekolah momandu mano yang ajar diorang park keto mcm gini?

last last cik yah park kat sebelah unser, dengan memberikan ruang sedikit untuk kereta lalu lalang dan berpusing. er berpusing macam gasing? mungkin.

kami anak beranak menapak ke dalam dewam. phew, ramai gila manusia. tengah sabar beratur ambik angka giliran.

dekat sejam jugak kami anak beranak berbaris sebelum kami didaftarkan.

dah dapat nombo giliran, kami anak beranak mencari kerusi bernombor sekian. terus duduk, dan cik yah terus memasang earphone dan memainkan movie kal ho naa ho kat dalam handphone ber-os symbian anna cik yah. membiarkan mak cik yah termangu mangu sorang sorang.

tepat pukul 10. wakil rakyat DUN chennah tiba.

huiyoh. punctual. cino sojati!

iya, wakil rakyat itu lelaki berbangsa cina, dan saya respek beliau.

cokcekcokcek sebarang dua barang, tibalah masa wakil rakyat turun ke tengah dewan untuk agihkan baucer satu per satu.

sampai kat cik yah.

hai, apa khabar. wakil rakyat berbasa basi sambil menghulur baucer yang tertulis RM500.

baik. sambil merampas baucer seperti peragut (tipu je ok)

wakil rakyat hulur tangan hendak bersalaman. cik yah cemas dan panik.

terus cik yah bow sedikit, mengharapkan wakil rakyat mengerti. 

wakil rakyat pandang cik yah, lalu berlalu pergi tanpa huluran salamnya bersambut. 

cik yah harap wakil rakyat tak hampa dan frustrated sangat sebab tak dapat bersalaman dengan retis macam cik yah.

nota : cik yah ambikkan baucer untuk abang cik yah. betul ni.

. . .





Monday, February 25, 2013

Dokte.



dua minggu lepas, cik yah sedang sibuk membuat karipap sardin di dapur. eceh, ayat macam nak buat novel. tatabahasa semua perfek.

masa cik yah memula nak buat tu, radio yang memang tempatnya tersudut kat corner dapur tu mendendangkan lagu Hampa-To'ki. for records, cik yah dengar negeri fm iaitu stesen radio negeri sembilan. hah tudia.

"Kutinggal senja, malam menghampiri..." ok cik yah tak ingat lirik dia yang memula. tapi cik yah suka tengah2 lagu tu.

"Biar luka menyiksa jiwa, biar kasih tak kunjung tiba. kerna pada hakikatnya, diriku kau persenda..."

cewah. part tu tak  sampai lagi, tapi cik yah dah terbayang bayang nak nyanyi sesama radio.

pada waktu itu juga, Mak (ibu kucing beranak kandung tiga, beranak angkat tiga) menemani cik yah kat dapur sambil mengepong tulang ikan.

tengah cik yah nak feeling feeling ikut lagi, tetiba Mak menderam deram. cik yah pandang Mak, takde pun Dandan kacau dia. *Dandan ialah kucing senior di rumah cik yah dan merupakan musuh Mak.

jadinye cik yah terus buat keje. tapi dengar lagi. cik yah perati Mak lelama, laaa hai rupa2nya kuku Mak tersangkut kat hidung dia.

cik yah gelabah.

terus cik yah panggil mak cik yah (ini betul2 mak)

cik yah ceritakan perihal Mak (padahal cik yah tunjuk je kat mak ape yg jadi kt Mak)

pastu mak boleh cool je "oh tangan die sangkut"

terus mak naik atas.

"laaa mak. takkan tak yah buat ape2? biar je die macam tu sampai mati?"

cik yah menggelabah memandangkan Mak tak tahu nak buat ape, dan mak pulak tak buat ape2,

pastu abah cik yah turun tolong leraikan kuku Mak dari hidungnye. setel.

sambil naik balik ke living room, abah cakap "macam mana nak jadi dokte"

hm tapi abah, orang tengah ambik engineering. kalau orang ambik kedoktoran pun, takde kaitan dengan bio atau living things.

kesimpulannya, pandai cik yah pilih course. nasib baik takde simpan cecita jadi dokte. cemana nanti dokte menggelabah tengok pesakit tgh tahan sakit. hm.

oh iye. part lagu Hampa yang best tu cik yah ketinggalan kerana Mak. deng!

. . .

Monday, February 4, 2013

Teater Klasik, Zaman Kanak-kanak Ribena


Cemana nak buat mukadimah. err, Assalamualaikum, salam sejahtera?

Dulu kan, masa cik yah kecik-kecik tapi tak kecik sangat dalam darjah 3 ke 4 ke 5 ke kan, cik yah suka menghadap RTM setiap malam selasa (rasanya) sebab masa tu ada satu program dipanggil apa entah. program tu menayangkan tayang gambar cerita-cerita lama hitam putih. dari situ lah cik yah mula berjinak-jinak dengan cerita p.ramlee. disebabkan cik yah pernah layan tape Pendekar Bujang Lapok, so every week cik yah berharap cerita tu yang keluar. tapi, hampa la jugak sebab cerita lama ni bukan setakat sepuluh dua puluh rolls filem je. hm.

so masa tu cik yah memang minat p. ramlee. sampaikan dalam kerja sekolah karangan, cikgu suruh karang satu biografi, cik yah pilih Putih Ramlee (p. ramlee) sebagai subjek. tapi malang jugak, cikgu tak berapa suka dengan karangan cik yah. dapat markah rendah :(

so disebabkan kemain payah la RTM nak tayangkan cerita p.ramlee tu, cik yah pun layan je la cerita-cerita lakonan pelakon lain. tapi cik yah memang lupa kebanyakan tajuk cerita tu.

tapi tak lama pun cik yah layan RTM sebab cerita  dia sampai tengah malam. luckily, tak lama lepas tu TV3 pulak menayangkan Teater Klasik every sundays at 3 pm. kemain cik yah melayan teater klasik tu. asal ahad je, pukul 3, cik yah dok mengadap tv. cik yah mula jatuh cinta dengan nordin ahmad (rupa macam rosyam nor!), rahim maarof (hensem gila kot rahim maarof). diorang selalunya bawak watak protagonis. heroin-heroin cantik yang cik yah suka macam rose yatimah, latipah omar. haa tu je la yang cik yah ingat. no more p.ramlee. saloma? mariani? not interested at all.

antagonis yang cik yah paling menyampah ialah mahmood june. tak penah bawak watak baik. selalunya jadi pembesar jahat. benci betul. yang perempuan pulak, siput sarawak (mak anita sarawak). isshhh benci sangat tengok dia berlakon. bermuka-muka! tapi kiranya, lakonan diorang memang terbaik la kan sebab bagi kesan.

lagu nordin ahmad ft latipah omar yang paling cik yah suka - Gurindam Jiwa. tapi cerita dia cik yah tak berapa suka sebab at the end diorang mati kat lombong maut.

ok, aisyah balik. cik yah minta diri. bye :)


. . .



Friday, February 1, 2013

Siti Hajar

tahu dah, ketinggalan zaman utk share cerita ni. tapi, cik yah nak buat pedoman utk diri sendiri dan orang2 yang acidentally (ditakdirkan ALLAH) utk mengambil iktibar cerita ini melalui blog cik yah. "Bersangka baik dengan Allah takkan merugikan apa2."


UTEM : KRONOLOGI PEMERGIAN SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR KE RAHMATULLAH!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

6 Jan 2013 (Ahad) : Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin) : Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan. Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi.

8 Jan 2013 (Selasa) : Gerakan mengumpul derma untuk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu) : Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis) : Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya. Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat) : Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka. Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luar biasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu. Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu) : Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah. Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad) : Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya.

NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif.

14Jan 2013 (Isnin) : Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan “kenapa senyum?”
Dia jawab…”Ada bau wangi sangat”.
“Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”

Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa) : Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget – masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya. Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu) : Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis) : Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.

“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa?
Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
“Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata “mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
“Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid. Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat) : Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……) saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.

Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu) : Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempoh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? JawapannyaTIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir.

20 Jan2013 (Ahad) : Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.

Mengubah Destini Anak Bangsa


Cik yah tadi nak tidur dah, tapi tetiba teringat kat adik cik yah ni. cik yah rase bersalah gila tiap kali teringat pasal adik cik yah ni. kalau bukan sebab cik yah pentingkan diri, masak sambal goreng pedas2, takdelah adik cik yah tu makan. lepas tu, esoknya masa dia ambik paper matematik SPM, dia sakit perut. kat sekolah pulak takde air. terus dia tinggalkan paper dia, balik rumah. padahal adik cik yah kata dia boleh buat paper tu.

masa adik cik yah cerita balik pasal tu, cik yah rasa ralat sangat. lepas tu result keluar, dia dapat D. cik yah pikir, kalau dia tak sakit perut, mesti at least boleh dapat kredit. memang penyesalan terbesar cik yah masa tu. memanglah adik cik yah cool je, benda dah jadi. tapi cik yah yang rasa bersalah sangat.

memanglah semua tu takdir. tapi sepatutnya takdir yang kita boleh ubah, tak boleh la nak serahkan bulat2. malangnya, kita tak boleh ubah apa yang dah jadi. yang kita boleh buat ialah adjust masa sekarang dan masa depan.

so lepas tu cik yah pasang azam nak tolong adik cik yah tu. cik yah nak bagi dia sambung belajar jgk tak kira apa pun. first step, cik yah suruh dia ambik paper july. tapi, adik cik yah tu re-sit lepas setahun, semua benda dah hilang dari kepala. re-sit paper matematik je, makin teruk ade la sebab takde siape nak ajar die. cik yah mase tu tengah sibuk final exam. lagi sekali cik yah rase ralat.

cik yah memang ade suruh adik cik yah apply pra-diploma uitm. pra-diploma ni khas untuk orang2 yang special case macam adik cik yah. tapi adik cik yah ni macam nak tak nak je. bila tak dapat apa2 jawapan, dia buat tak reti je. lepas tu sekarang die dah dekat 2 tahun kerja kat KL.

tapi, sampai bila die nak kerja tu kan. tak boleh naik pangkat pun. nanti dia nak jugak ada masa depan, nak kahwin, nak belanja mak abah semua, nak beli kereta, beli rumah.

masa lepas dapat result matematik paper july dia yang teruk sikit dari SPM tu, cik yah dah pikir mungkin adik cik yah ni boleh terus kerja. mungkin bidang dia bukan bidang akademik, so cik yah biarkan dia kalau dia nak majukan diri sendiri melalui bidang bukan akademik. cik yah bukan kisah sangat pun orag ni belajar tinggi tak, asalkan ada asa, ada matlamat nak majukan diri, ok you can go on. samalah macam adik cik yah.

tapi cik yah risau sangat. entahlah, cik yah rasa insecure kalau cik yah tak bantu adik cik yah utk at least dapatkan diploma ke, sijil ke sebab cik yah masih rasa ralat pasal paper matematik dia.

so, cik yah rasa, cik yah nak isikan borang Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). ni sebenarnya ada kat uitm je, so cik yah harap sangat2 adik cik yah ada rezeki. harap2 bila dapat, adik cik yah akan consider. cik yah tak nak paksa dia sambung belajar, cik yah bagi kebebasan kat dia untuk memilih. cik yah cuma bagi jalan yang tipikal.

kalau ada sesiapa berminat, boleh download sekali kat SINI 
1- klik kat gambar disket (pilih la program MDAB atau MDOA)
2- download dan save
3- pergi print lepas tu isi bagi lengkap, jangan lupa mintak cop.
4-pos ke cawangan uitm yang paling dekat.

harap2 ape yang cik yah share ni bagi manfaat kat orang lain. dan cik yah doa, Allah berkatilah usaha cik yah nak tolong adik cik yah, permudahkanlah perjalanan adik cik yah ni. amin..


. . .