penyokong. (sokonglah rusa!)

Tuesday, October 23, 2012

Manisnya Istiqamah..



Allah je yang tahu apa aku rasa masa tengok gambar sorang membe ni. nak menangis pun ada.

mana tak nya. dulu, dia stylo kot, ikut peredaran fesyen without failed. serius. and aku selalu kutuk dia dalam hati. aku kata, "ceh macam la hot sangat  pakai macam tu." , "umph macam la muka kau boleh jadi cantik dengan bibir merah2, pipi merah2, mata kaler2." dan seumpamanya.

hari ni, Allah nak tunjuk, hidayah tu datang kepada orang yang mencari dan kepada orang yang dikehendaki. and PUFF! aku sendiri malu dengan diri sendiri.

aku yang masih cuba memperbaiki dir sendiri, yang dah bertahun-tahun lamanya mencuba, sedangkan aku hanya berganjak seinci dari dari diri aku yang dahulu, aku sangat tegar mengutuk orang yang kononnya lebih hina dari aku.

dan akhirnya, batang hidung aku sakit sebab aku terjentik batang hidung sendiri bilamana aku tengok membe yang aku sangsi terhadap hidayah Allah akan sampai kepadanya, telah terlebih dahulu di-embraced oleh kasih sayang Allah. dia sudah berubah. berubah jauh lebih baik dari aku yang bertahun-tahun mencuba. berganjak seribu batu dari diri dia yang dahulu.

dan aku sangat-sangat terkesan dengan kejahilan diri sendiri yang memandang orang lain sebagai hina dari aku, sedangkan aku tak tahu apa yang Allah sembunyikan dan apa yang Allah sediakan untuk dia mahupun aku.

dan serius, dia istiqamah. macam mana aku nak jadi macam tu..aku ni tak tentu masa turun naiknya. selalu lupa diri.

dan lagi yang aku kagum, dia tinggalkan terus arus fesyen dia. no more stylo stylish, and even pun nak stylish, still terjaga aib dia. how? how to do that? macam mana nak get rid baju cantik2 yang dia ada dalam closet tu? macam mana dia tegar buat macam tu?

"Kalau kita tinggalkan baju-baju cantik  di dunia kerana Allah, maka Allah akan memanggil kita di hadapan semua orang di hari kiamat nanti, dan Allah akan suruh kita pilih baju-baju yang indah dari baju-baju orang yang beriman."

mungkin itu yan inspires dia. ayuh hidayah. nama tu sangat ironi kalau hidayah tak cuba mencari hidayah di sebalik nama.

. . .


No comments: