penyokong. (sokonglah rusa!)

Saturday, August 30, 2014

Cina Gila

Petang yang redup tu, Hidayah acah-acah tengah menjiwai watak gadis kampung yang dengan perwatakan ayunya mendukung anak buah yang gemuk berjalan-jalan keliling kampung.

sebenarnya bukanlah keliling kampung. setakat laman rumah je. dan lebih menarik lagi, Hidayah menggendong, yakni cara kurang sopan berbanding mendukung.

sedang tenang Hidayah mengendong anak buah yang gemuk tu, tetiba Hidayah disapa cina gila yang tinggal bertentangan dengan rumah Hidayah.

"Amoi. Ini budak lelaki ka perempuan?"

"Perempuan,"

"Haiya. Apesal tak mau beranak lelaki."

Hidayah dalam hati, acaner aku nak menjawab dengan cina ni. sekali kalau aku cakap pasal takdir Allah, lagi gila cina ni nanti.

"Dia tak mau jadi lelaki la. Dia mau jadi perempuan," okeylah kut jawab gitu. 

"Amoi tak mau kawen ka? Buat anak?"

Lagi sekali Hidayah mati akal dengan soalan standard critical thinking ni. cina ni ingat Hidayah bekas pelajar asasi undang-undang UiTM yang belajar critical thinking ke? Buat anak dia tanya.

"Saya muda lagi la," dalam hati Hidayah tengah battle biarpun riak muka Hidayah tenang menjawab soalan.

Siapa taknak kawen oi?

Thursday, August 28, 2014

Suits

Hidayah, berlatar-belakangkan engine, bersemangatkan engine, dan mendokong perwatakan engine, betul2 pangkah, yakni menentang sekeras-kerasnya pemakaian suits.

Beberapa tahun jugaklah seorang Hidayah berpegang teguh kepada fahaman ini sejak berumur 16 tahun sebab masa tu mula berjinak-jinak dengan line engine sejak masuk sekolah teknik.

Sampailah ke zaman asasi kejuruteraan, semangat engine tu memang kental sampai rasa geli geleman tengok sahabat2 asasi undang-undang berpakaian like wow sangat ala-ala lawyer sedangkan seorang Hidayah hanya berseluar jeans, ber-tshirt dan kadang2 ber-cardigan dan selipar jamban (memang betul selipar bawak ke jamban aku bawak pegi kelas) as complement to the outfit dan yakin menapak ke kompleks kejuruteraan untuk menghadiri kelas tanpa rasa ragu akan ditahan polis bantuan kampus. dan memang tak pernah ditahan.

Sampailah ke zaman degree, tak terubah lagi pemakaian seorang Hidayah dan Hidayah amatlah bangga mengajar rakan-rakan lepasan matrik untuk berpakaian sepertinya. Semangat engine tu penting. Pakaian haruslah menunjukkan jiwa engine, selipar jamban tu memang watak utama seorang warga engine.

Sampailah Hidayah akhirnya ter-menghadiri seminar grooming bersama encik kamril. masa tu terkangkang-kangkang carik outfit formal. dalam seminar asyik kena boom bahawasanya budak engine paling selekeh di alam semesta. masa tu, oleh sebab jiwa engine tu sangat kental, rasa tercabar jugak dengan encik kamril yang kutuk kaw-kaw budak engine. rasa macam nak sneak out dekat bilik dia, tikam dia dengan pisau belit 15 kali. biar dia meninggal slow2 akibat bleeding. biar dia rasa bleeding hati Hidayah masa kena fire.

tak lama lepas seminar, Hidayah diberi hidayah untuk menonton serie How I Met Your Mother. budak bawah umur tak boleh tengok cerita ni sebab ada adegan yang tak selamat. in fact, kawan-kawan Hidayah pun fikir Hidayah tak patut layan cerita ni. apa diorang fikir Hidayah ni baik like innocent? silaplah tu. tapi Hidayah tak menikmati pun adegan tak siuman tu. sejujurnya Hidayah forwardkan bila adegan tak membina minda tu keluar. point di sini, Hidayah minat sangat dengan watak Barney Stinson yang sentiasa suits up.

Baru-baru ni, Hidayah mula layan cerita-cerita kat Diva CH702. Nak-nak cerita pasal lawyer. The Good Wife. tajuk dia wife, tapi banyak cerita pasal court sebab wife tu sebenarnya lawyer.

lain dari The Good Wife, serie Suits. yang ni paling awesome dalam dunia. semua suit up dalam serie ni. and watak yang paling menyerlah dah tentulah Harvey Reginald Specter. kenapalah harvey tu kapiaq. kalaulah dia seorang believer, senang pulak Hidayah tak teragak-agak nak idolize dia tinggi menggunung. 

pokoknya, serie2 sebegini yang merubah point of view Hidayah. sila bayangkan situasi Hidayah bukan berlatar belakangkan engine. Hidayah nak bayangkan, kalaulah budak engine yang pandai gila tu, dan kebanyakannya hensem-hensem belaka, suit up macam bebudak law. Humangai wa cakap sama lu der, bebudak course lain di muka bumi ni jadi belen je. tu baru bebudak yakni student, acer yang memang engineer pulak. menangis doktor-doktor kat spital tu sebab keterampilan diorang diganggugugat engineer.

dalam panjang2 celoteh Hidayah ni, kesimpulan dia,

SUIT UP.





Friday, August 22, 2014

After A Year

Assalamualaikum, hi.

After a year, i am gonna ask myself the same question again. Kenapa blog ni wujud lagi? Ada tujuan lain yang masih belum dicapai?

So.

Fourth year of engineering school went smooth. Got an A- for FYP1 and a B+ for FYP2. Nevertheless, i am unofficially graduated with some pointer. Yeah, you can presume it's not a first class degree, but hell yeah, it's an engineering degree. I have to emphasize.

Life could be sucks sometimes. And people who used to be your friends could treat you like a stranger at some points of life, especially when you're begging their help and they were like "Hell no."

Strangers with some memories.

After all these years, it's good to be home and take care about nothing but not to gain weight. I have not yet miss my engineering school so bad, but you can say i miss the routines already. Waking up, get dressed in 15 minutes and walked to class. Took notes, did some exercises, grabbed a lunch. And that was the end of an every day as a final student.

Long story short, gimme a job. Thanks.