penyokong. (sokonglah rusa!)

Tuesday, July 30, 2013

Lembu Bawak Kereta

saya selalu mengamuk sorang2 masa tengah driving.

sebab utama mengamuk sebab saya sedar kereta di hadapan saya ada lembu tengah driving kereta besar dan jauh lebih mahal dan canggih serta cc lebih tinggi dari kereta yang saya pandu (nota : ada unsur jeles kat sini).

macam mana saya tahu lembu yang drive kereta tu?

yela, kalau dah terlangak2, masuk simpang kiri kanan tak reti on blinker, bawak slow tapi duduk tengah2 lane, tu konfem lembu. kata saya dalam hati kecil sambil menyumpah nyumpah "oh lembu sungguh anda ini lembu"

dan selalunya saya mengambil tindakan memotong tanpa pisau kereta yang dipandu lembu tersebut.

dan ternyata meleset sekali tekaan saya bahawa lembu yang memandu. terkejut jugak bila saya perati, sifat luaran si pemandu sebenarnya 100% macam saya! manusia rupanya dia!

tapi sayang, otak lembu.

. . .

Thursday, July 11, 2013

End Of Third Year, Internship, Blah Blah Blah Bluergh.

Assalamualaikum, hai.

bencinya nak menaip lagi. kenapa blog ni wujud lagi? rasa loser je.

selamat berpuasa kepada mereka yang berpuasa dan ada niat nak puasa.

jadinya, officially saya dah tamat third year. yeay -.-
lagi satu tahun yang agak sakit untuk dihabiskan memandangkan kena menghadap FYP1 dan FYP2. wow FYP dah -.-
before tu, kita menghadap internship dulu. di mana? di JKR seremban. yes thanks kepada 8 buah companies dan 1 TNB yg tak reply LANGSUNG application saya. takpe, tak kesah. 1 company shortlisted then hilang. 1 company terus reject. ouch. dan yang baik hanyalah JKR. nak taknak, layan je lah.

jadi.
puasa ye. apa perbezaan puasa seorang islam dengan yang bukan islam?

jeng. jeng. jeng.

dari segi sahurnya.

maka bersahurlah, even telan air sejuk.

(second day puasa sahur air sejuk je sebab masa tu ada kt kampus, dan hujan sangat lebat, dan tak dapat keluar  p sahur kat mamak, dan saya telan air sejuk sambil bertawakkal, dan Alhamdulillah kekuatan dan tenaga berpuasa bukan datang dari sahur tapi datang dari Allah, dan saya masih bertenaga sepanjang hari even dah driving selama 1 jam setengah straight tanpa henti dan sekian terima kasih.)


. . .