penyokong. (sokonglah rusa!)

Sunday, February 19, 2012

Biar Siapa Pun Mak Abah Kita..

Masa sekolah rendah, mak aje lah satu-satunya fashion idol kite. abah aje lah satu-satunya hero kite.

Naik sekolah menengah, mak abah dah mula diketepikan. kawan-kawan start main peranan. mak terlalu old skool, abah pulak terlalu strict untuk jiwa remaja.

Naik lagi setingkat, kekadang ada yang makin binatang dari masa sekolah menengah. tapi ada jugak yang makin kenal hati seorang emak dan abah. hihi.



ABAH.

abah tu, hidup dia matlamat dia cuma satu. dia nak tengok anak-anak hidup. kalau mati anak dia, dia pun tak tau nak hidup macam mana.

kalaulah abah tu dah hilang semua macam sebab untuk terus bertahan kat dunia, hanya anak-anak dia yang jadi alasan untuk membuka mata, sekalipun anak-anak dia dah jauh ke apa. sebab dia percaya, kot anak dia nak balik satu hari nanti, mesti anak dia menangis teresak-esak sambil terkilan kalau dia tutup mata - itu yang dia percaya, walaupun dia mungkin tahu anak dia tak macam tu.

tapi cerita untuk abah ni tak banyak. sebabnya, batang hidung abah dah mula tak kelihatan sejak subuh, dan hanya kelihatan bila matahari dah nak start tido. ayat mak pasal abah yang paling terngiang ngiang "abah kau tu, subuh-subuh dah keluar carik rozoki. kang bilo matahari dah tonggolam baru balik. poie kojo tak nampak matahari, balik kojo tak nampak matahari. yang engkorang duduk rumah, asyekkkk nak bocokau." kata mak aku tetiap kali aku dan adik-beradik berkelahi. hihi keramat sangat ayat tu.

tak kisah la abah aku tu dulu baik sekarang tak baik. dulu tak baik, sekarang baik. tapi itulah abah yang pernah datang kat asrama sekolah aku, jemput aku balik. datang asrama tetiap minggu, nak isi tekak aku, nak bagi duit belanja seminggu. walaupun ada satu masa tu aku kecik hati sebab abah tak datang masa sain report card aku yang ternyata cemerlang gemilang terbilang atas alasan kerja, tapi itulah jugak abah aku yang masih datang setiap minggu, naik kereta corolla yang hampir barai tu ke, naik motor honda wave bernombor plat NBR tu ke, waima naik lori gas pun. cuma aku je kadang-kadang malu macam tu. tapi itulah abah.



EMAK.

emak aku ni, pelik orangnya. masa tengah sarat mengandung adik aku nombo 7 dgn 8 (bukan kembar), punyalah gagah menarik buluh buat pagar, gali lubang nak tanam pisanglah, tarik lembulah, tebang pisanglah, macam-macam hal lah mak aku buat.

ada satu masa tu, kemas-kemas bilik. aku longgokkan baju-baju yang dah kecik yang dah tak muat yang dah tak pakai kat satu tempat. senang nanti nak kumpul, letak dalam plastik sampah, campak terus. tiba mak aku datang, suruh simpan baju tu. padahal memang tak ada siapa dah nak guna. mak aku kata, nak buat kain buruk.

itu ok lagi. yang tak menahan, sampul duit raya. mak aku selalu pesan "koyak elok-elok, nanti boleh guna balik" aku masa kecik-kecik seronok la berbakti kat emak dengan memberi beliau sampul duit raya terpakai. tiba satu insiden, mak aku tercari-cari sampul duit raya terpakai yang beliau simpan. terlebih simpan pun tak guna jugak la kan, last-last memang tak berpakai. sejak tu, aku koyakkan sepenuh hati sampul duit raya depan-depan mak aku. hihi, derhaka kot.

dulu punya mak, garang tak ingat. keluar main pukul 6, balik main sebelum pukul 7. memang patuh gila, takut la kot kena sebat. itu masa duduk seremban, kawan-kawan pun tak ramai duduk dekat-dekat.

masa pindah jelebu, kengkawan semua keliling taman. dekat-dekat. mak pun garang macam dulu jugak. tapi, abang-abang aku rilek je pun menyusup keluar rumah tengah-tengah hari buta. ada tu pulak, konon pegi sekolah, padahal pegi mandi sungai la, mancing la. lepas tu balik pun rilek, takde pulak kena sebat. padahal mak tiap-tiap hari warning "kau langkah keluar pintu, den ghempah" tapi lepas tu get ready bukak mahkamah dengan abah la. hihi, padan muka.

mula dari adik aku nombor 5 ke 6 ntah, mak aku kurang menyebat. tiba kat adik aku yang last ni, sampai ke besar pulak tido bawah ketiak.

ada satu masa tu, adik aku ni malas nak ke sekolah petang. dia duk buat rilek je kat kerusi datanglah mak aku bersama botol air mineral kecik tu, dengan muka konon garang, nak boba adik aku tu. dihayun-hayunkan botol tu kat kaki adik aku sikit. aku tengok, bantai tergelak. apelah budak tu nak takut kalo setakat hayun-hayun camtu.

tak kisah la mak aku dulu garang ke, sekarang tak ke, itulah mak aku yang akan merah matanya setiap kali aku nak balik asrama.


entry ini di-adjust tarikhnya untuk satu hari yg spesel sikit. sebab tanpa mak abah, tarikh tu takkan jadi tarikh spesel. 


last but not least, memang bukan semua parents tu baik. tapi sebagai anak kita wajib berlaku baik kat parents. jangan sebab derhaka, ibadah seribu tahun kita sia-sia. - terima kasih nurul hadhinah mahayudin :)


. . .

No comments: