penyokong. (sokonglah rusa!)

Tuesday, October 23, 2012

Manisnya Istiqamah..



Allah je yang tahu apa aku rasa masa tengok gambar sorang membe ni. nak menangis pun ada.

mana tak nya. dulu, dia stylo kot, ikut peredaran fesyen without failed. serius. and aku selalu kutuk dia dalam hati. aku kata, "ceh macam la hot sangat  pakai macam tu." , "umph macam la muka kau boleh jadi cantik dengan bibir merah2, pipi merah2, mata kaler2." dan seumpamanya.

hari ni, Allah nak tunjuk, hidayah tu datang kepada orang yang mencari dan kepada orang yang dikehendaki. and PUFF! aku sendiri malu dengan diri sendiri.

aku yang masih cuba memperbaiki dir sendiri, yang dah bertahun-tahun lamanya mencuba, sedangkan aku hanya berganjak seinci dari dari diri aku yang dahulu, aku sangat tegar mengutuk orang yang kononnya lebih hina dari aku.

dan akhirnya, batang hidung aku sakit sebab aku terjentik batang hidung sendiri bilamana aku tengok membe yang aku sangsi terhadap hidayah Allah akan sampai kepadanya, telah terlebih dahulu di-embraced oleh kasih sayang Allah. dia sudah berubah. berubah jauh lebih baik dari aku yang bertahun-tahun mencuba. berganjak seribu batu dari diri dia yang dahulu.

dan aku sangat-sangat terkesan dengan kejahilan diri sendiri yang memandang orang lain sebagai hina dari aku, sedangkan aku tak tahu apa yang Allah sembunyikan dan apa yang Allah sediakan untuk dia mahupun aku.

dan serius, dia istiqamah. macam mana aku nak jadi macam tu..aku ni tak tentu masa turun naiknya. selalu lupa diri.

dan lagi yang aku kagum, dia tinggalkan terus arus fesyen dia. no more stylo stylish, and even pun nak stylish, still terjaga aib dia. how? how to do that? macam mana nak get rid baju cantik2 yang dia ada dalam closet tu? macam mana dia tegar buat macam tu?

"Kalau kita tinggalkan baju-baju cantik  di dunia kerana Allah, maka Allah akan memanggil kita di hadapan semua orang di hari kiamat nanti, dan Allah akan suruh kita pilih baju-baju yang indah dari baju-baju orang yang beriman."

mungkin itu yan inspires dia. ayuh hidayah. nama tu sangat ironi kalau hidayah tak cuba mencari hidayah di sebalik nama.

. . .


Sunday, October 14, 2012

Salah Faham



minggu belakangan ni, dalam kelas asyik kena fire. kena fire dengan lecturer, lepas tu classmate sambung fire sekali. and of course, bukan di-fire secara individu, tapi secara berkumpulan.

ada satu masa tu, time lecture, tapi tengah take 5, lecturer tiba-tiba bukak cerita pasal kahwin.

FYI, leturer tu perempuan, dan sudah berkahwin.

"saya pelik betul orang yang nak kahwin zaman sekarang. sanggup buat loan sebab nak kahwin. hari tu, somebody yang saya kenal, terkejut saya dia buat loan sebab nak kahwin."

mcm tu la lebih kurang bunyinye.

"so, saya nak nasihatkanlah perempuan-perempuan dalam kelas ni, janganlah letak hantaran tinggi-tinggi sampai bakal suami kena buat loan kahwin. dah kahwin nanti, awak sama-sama dengan dia jugak tanggung hutang. nak lari mana."

fact yang dikongsi oleh lecturer tu memang betul, except satu perkara.

"...saya nak nasihatkanlah perempuan-perempuan dalam kelas ni, janganlah letak hantaran tinggi-tinggi..."

pause di situ. aii lecturer yang satu ni. masa lecturer saya ni kahwin, mungkin dia yang tetapkan hantaran.

hantaran tu luar bidang kuasa bakal isteri. bab-bab rundingan ni semua tertakluk dalam kuasa wakil perempuan, diulangi, wakil perempuan. bakal isteri tak dapat nak bangkang sangat sebab selalunya wakil perempuan ni terdiri dari bapa dan mak saudara.

eh, kenapa tak boleh bangkang? siapa nak kahwin sekarang?

betul la tu, siapa yang nak kahwin ni, sampai orang lain nak tetapkan semua. memanglah perempuan tu yang nak kahwin, tapi siapa yang nak tolong-tolong masa kenduri kalau bukan bapa dan mak saudara? kalau perempuan buat kepala sendiri, nanti bapa dan mak saudara mesti mengungkit "itulah, cakap orang taknak dengar. sekarang kan dah susah. itu tak ukup, ini tak ada..bla...bla.."

sakit tak jiwa kalau kena bebel macam tu? macam "pap!" semua kesalahan kat bahu kau sebab taknak dengar cakap orang.

tapi, semua orang tak faham benda tu. budak-budak lelaki dalam kelas semua mengiyakan apa lecturer cakap. iyala, orang cakap benda yang menyenangkan diorang, memanglah suka. ah tapi diorang semua budak-budak, tak matang. tahu nak kahwin free je.

sepatutnya, yang laki-laki ni tak boleh salahkan bakal isteri 100% kalau tetiba dengar nilai hantaran yang sangat-sangat tinggi. nilai hantaran tu di luar bidang kuasa bakal isteri. bakal isteri pun kalau boleh nak rendah, so that lepas majlis takde la nak makan pasir. tapi, suara bakal isteri pun tak didengari bapa dan mak saudara, apetah lagi suara lelaki ni.

lepas tu, ada lecturer lain pulak cakap pasal kahwin. tapi cerita dia interesting sikit.

lecturer sy pernah berjumpa tok imam masjid, dan setelah ber-intro, tok imam membuka satu cerita.

"suatu hari tu, seorang lelaki datang kpd sy untuk mintak tanda tangan pengesahan dia masih bujang sebab lelaki tu baru nak berkahwin. mula-mula sy agak berat nak sain, sebab sy memang payah benar nak tengok lelaki tu ke masjid. tup tup datang jumpa sy, mintak pengesahan."


"tapi, sy sainkan jugak sebab sy nak mudahkan urusan pernikahan dia. besar pahala orang yang memudahkan orang mendirikan masjid. dan BESAR JUGA DOSA ORANG YANG MENYUSAHKAN orang yang nak mendirikan masjid."

jadinya, lecturer sy mengingatkan kami agar janganlah menyusahkan orang yang nak berkahwin.


lepas tu, budak-budak lelaki tak matang dalam kelas kami semua menuding jari ke kami dan mengatakan "haa perempuan la yang letak hantaran tinggi-tinggi. kan dah menyusahkan tu."

pembetulan. bukan perempuan. pihak perempuan. perempuan tak ada kuasa...alahai, bilalah korang nak faham. stop blaming the brides please.

jadinya, untuk generasi akan datang, di mana generasi kita ni akan jadi makcik2 dan pakcik2 kepada anak saudara perempuan, marilah kita memudahkan pernikahan anak saudara kita supaya kita dapat pahala besar, instead of letak hantaran tinggi-tinggi, menyusahkan pihak lelaki, at the end of the day anak saudara kita makan pasir, kita pun dapat dosa yang besar. ayuh.


. . .