penyokong. (sokonglah rusa!)

Wednesday, February 22, 2012

BIla Lagi..

Umur aku baru naik satu angka haritu.
Sempena naik satu angka aku buat resolusi baru dalam hidup.
Aku nak jadi anak yang baik.
Tapi macam mana?


Less talking back, less rude, less arrogant, less ego.


. . .



 

Monday, February 20, 2012

Pregnancy Test

deng! hujan. kuyup moto LC 4 lejang abang aku yang senget ter-parking kat depan farmasi ni. hujan tak nak lebat lagi. ah takpe, suare comel hati aku berkata. balik lambat lagi. aku tinggalkan awan merembeskan hujan sambil aku khatamkan novel Fiksyen 302, satu lagi novel thriller hasil nukilan ramlee awang mursyid yang bertemakan pembunuhan kejam yang melibatkan seorang psikopatik dan sosiopatik.....ok dah cukup la sampai situ kau punya sinopsis.

masuk seorang kakak ke dalam farmasi. ok bukan kakak. ira name die sebaya aku. dah kawen, ade anak sorang. ok thanks.

"pregnancy test satu" ira mintak tanpa segan silu.

"wei, dina nak dapat adik la tu.." aku memancing undi.

"tak la. adik aku punye ni" aku telan air liur. senyap dah.

keluar ira, masuk sorang kakak (kali ni bebetul kakak).

"pregnancy test" kakak tu mintak. sekali dua dia nak. amboih. kakak tu bayar, kakak tu blah. dah takde ape yang menarik.

masuk lagi satu kakek (kakak sebenarnye).

"preganancy test" kakk tu mintak terus kat aku.

"satu?" aku bertanye. die angguk.

aku bawak ke dia. "nak plastik?" aku tanye penuh hemah dgn harapan die kate taknak memandangkan die beli satu barang je, jadinye aku pikir die nak terus masuk kat dalam handbag die.

"nak" deng! apasal kau nak ha kakek?!

aku masukkan bungkusan pregnancy test ke dalam plastik air lima puluh sen yang ade tangkai kat atas die tu. ala yang jernih tu la.

selesai urusan jual beli lepas membayar harge pregnancy test, aku ke mesin duit pastu aku usha kakek tu.

kat tangan die takde plastik beg. dan aku konklusikan die letakkan pregnancy test berbungkus plastik beg air lime posen yang jernih tu kat dalam handbag die. deng!

"woman, Y U want a plastic bag?"


p/s : hari ni je aku terime 3 customers yang mintak pregnancy test berturut-turut. aku plak yang gembira bagai menimang cucu angkat


.
. . .

Sunday, February 19, 2012

Biar Siapa Pun Mak Abah Kita..

Masa sekolah rendah, mak aje lah satu-satunya fashion idol kite. abah aje lah satu-satunya hero kite.

Naik sekolah menengah, mak abah dah mula diketepikan. kawan-kawan start main peranan. mak terlalu old skool, abah pulak terlalu strict untuk jiwa remaja.

Naik lagi setingkat, kekadang ada yang makin binatang dari masa sekolah menengah. tapi ada jugak yang makin kenal hati seorang emak dan abah. hihi.



ABAH.

abah tu, hidup dia matlamat dia cuma satu. dia nak tengok anak-anak hidup. kalau mati anak dia, dia pun tak tau nak hidup macam mana.

kalaulah abah tu dah hilang semua macam sebab untuk terus bertahan kat dunia, hanya anak-anak dia yang jadi alasan untuk membuka mata, sekalipun anak-anak dia dah jauh ke apa. sebab dia percaya, kot anak dia nak balik satu hari nanti, mesti anak dia menangis teresak-esak sambil terkilan kalau dia tutup mata - itu yang dia percaya, walaupun dia mungkin tahu anak dia tak macam tu.

tapi cerita untuk abah ni tak banyak. sebabnya, batang hidung abah dah mula tak kelihatan sejak subuh, dan hanya kelihatan bila matahari dah nak start tido. ayat mak pasal abah yang paling terngiang ngiang "abah kau tu, subuh-subuh dah keluar carik rozoki. kang bilo matahari dah tonggolam baru balik. poie kojo tak nampak matahari, balik kojo tak nampak matahari. yang engkorang duduk rumah, asyekkkk nak bocokau." kata mak aku tetiap kali aku dan adik-beradik berkelahi. hihi keramat sangat ayat tu.

tak kisah la abah aku tu dulu baik sekarang tak baik. dulu tak baik, sekarang baik. tapi itulah abah yang pernah datang kat asrama sekolah aku, jemput aku balik. datang asrama tetiap minggu, nak isi tekak aku, nak bagi duit belanja seminggu. walaupun ada satu masa tu aku kecik hati sebab abah tak datang masa sain report card aku yang ternyata cemerlang gemilang terbilang atas alasan kerja, tapi itulah jugak abah aku yang masih datang setiap minggu, naik kereta corolla yang hampir barai tu ke, naik motor honda wave bernombor plat NBR tu ke, waima naik lori gas pun. cuma aku je kadang-kadang malu macam tu. tapi itulah abah.



EMAK.

emak aku ni, pelik orangnya. masa tengah sarat mengandung adik aku nombo 7 dgn 8 (bukan kembar), punyalah gagah menarik buluh buat pagar, gali lubang nak tanam pisanglah, tarik lembulah, tebang pisanglah, macam-macam hal lah mak aku buat.

ada satu masa tu, kemas-kemas bilik. aku longgokkan baju-baju yang dah kecik yang dah tak muat yang dah tak pakai kat satu tempat. senang nanti nak kumpul, letak dalam plastik sampah, campak terus. tiba mak aku datang, suruh simpan baju tu. padahal memang tak ada siapa dah nak guna. mak aku kata, nak buat kain buruk.

itu ok lagi. yang tak menahan, sampul duit raya. mak aku selalu pesan "koyak elok-elok, nanti boleh guna balik" aku masa kecik-kecik seronok la berbakti kat emak dengan memberi beliau sampul duit raya terpakai. tiba satu insiden, mak aku tercari-cari sampul duit raya terpakai yang beliau simpan. terlebih simpan pun tak guna jugak la kan, last-last memang tak berpakai. sejak tu, aku koyakkan sepenuh hati sampul duit raya depan-depan mak aku. hihi, derhaka kot.

dulu punya mak, garang tak ingat. keluar main pukul 6, balik main sebelum pukul 7. memang patuh gila, takut la kot kena sebat. itu masa duduk seremban, kawan-kawan pun tak ramai duduk dekat-dekat.

masa pindah jelebu, kengkawan semua keliling taman. dekat-dekat. mak pun garang macam dulu jugak. tapi, abang-abang aku rilek je pun menyusup keluar rumah tengah-tengah hari buta. ada tu pulak, konon pegi sekolah, padahal pegi mandi sungai la, mancing la. lepas tu balik pun rilek, takde pulak kena sebat. padahal mak tiap-tiap hari warning "kau langkah keluar pintu, den ghempah" tapi lepas tu get ready bukak mahkamah dengan abah la. hihi, padan muka.

mula dari adik aku nombor 5 ke 6 ntah, mak aku kurang menyebat. tiba kat adik aku yang last ni, sampai ke besar pulak tido bawah ketiak.

ada satu masa tu, adik aku ni malas nak ke sekolah petang. dia duk buat rilek je kat kerusi datanglah mak aku bersama botol air mineral kecik tu, dengan muka konon garang, nak boba adik aku tu. dihayun-hayunkan botol tu kat kaki adik aku sikit. aku tengok, bantai tergelak. apelah budak tu nak takut kalo setakat hayun-hayun camtu.

tak kisah la mak aku dulu garang ke, sekarang tak ke, itulah mak aku yang akan merah matanya setiap kali aku nak balik asrama.


entry ini di-adjust tarikhnya untuk satu hari yg spesel sikit. sebab tanpa mak abah, tarikh tu takkan jadi tarikh spesel. 


last but not least, memang bukan semua parents tu baik. tapi sebagai anak kita wajib berlaku baik kat parents. jangan sebab derhaka, ibadah seribu tahun kita sia-sia. - terima kasih nurul hadhinah mahayudin :)


. . .

Wednesday, February 15, 2012

Valentino's Time Dah Lepas Bro..



pelik betul manusia. kata "i don't give a damn about v-day..." tapi buat satu entry penuh dgn hal-hal v-day. kata don't give a damn?


aminah selamat dilahirkan tanggal 14 febuari. aiseh apasal aku rasa cam aku eja febuari tu salah?

selamat hari jadi aminah :)

 
dipetik dari facebook aminah.

p/s : valentine's day haram diraikan oleh orang yg mengaku islam kerana hari tersebut diraikan demi memperingati st. valentine (seorang paderi) yg mati dihukum bunuh (atas sbb2 berkaitan kasih sayang). lagipun, hari kekasih? hari untuk menghalalkan kekasih? pelik ah siot...

p/s lagi : kalau banned v-day, buat entry mcm aku. ni tak, satu page habis pasal v-day padahal kopipes dari wiki. wadafak la meleis?

p/s lagi sekali : jadikanlah setiap hari adalah hari berkasih sayang yang diredhai ALLAH SWT...


 . . .

Sunday, February 12, 2012

Welcome, New Comers...

nak penuhkan post ni dgn gamba. let the photos do the talking. eceh. tapi nak jugak buat perenggan panjang2 macam dalam SPM.


pada suatu petang yang nyaman.
kedengaran sedikit riuh di bawah rumah dgn tiba-tiba.
oh abang aku balik bersama isterinya rupanya.
biarlah, bukan benda baru dan menarik pun. huahuahua.

tak lama lepas abang aku naik rumah, kedengaran riuh di dapur pula.
maka aku menapak ke dapur.
jeng jeng jeng..
daku nampak ini



Adan the Second dan Adan Junior




perasan tak pose ni sama dgn pose adan kat sidebar? inilah adan the second.

adan junior (dipanggil J.R) yang gemuk sikit

 
  


and not forgotten,

TAM

"After all this time?" 
-"Always.."