penyokong. (sokonglah rusa!)

Sunday, December 14, 2014

5 Bulan.

7 disember lepas genap 5 bulan bergelar bekas pelajar (kalau dikira dari tarikh last paper iaitu 7 julai lepas). dan maafkan ke-skema-an kata-kata.

dan beberapa hari lagi maka genaplah 5bulan gua terbebas dari rantai belenggu yang gua sendiri cipta. peh ape kejadahnya ayat macam ni.


satu perasaan berbunga wujud bilamana seorang lelaki dan seorang perempuan mula menunjukkan bibit-bibit malu dalam komunikasi sehari-harian mereka.

dan bertukar menjadi perasaan celaka bilamana perasaan malu tu mula diselang seli rasa cemburu.

lebih celaka bila kau tak mampu nak mengekang penyebab perasaan celaka itu sebab kau bukan siapa-siapa. kau tak letak apa-apa nama pada perasaan malu-malu terhadap the significant other.

5 bulan dan gua masih menipu diri sendiri yang gua dah moved on. hakikatnya, kebencian meluap-luap bilamana terlihat lelaki dan perempuan itu terang-terangan berkongsi senyum dalam satu bingkai gambar.

gua tak boleh cop sesiapa penipu. sedangkan gua yang tipu diri sendiri. gua yang acah-acah kental.

gua masih berdendam. gua masih berdendam dengan gadis lu.

gadis lu yang main cucuk-cucuk line masa gua masih ada harapan nak jadi gadis lu.

gadis lu yang temankan lu masa gua buat tak tahu sebab gua acah-acah cool.

gadis lu yang pernah mention nama gua dan tahu hati gua ada kat lu. dulu.

gadis lu yang layan gua baik gila kat depan gua tapi main tikam gua guna jarum-jarum halus.

gadis lu yang lu ucap terima kasih sebab ada masa lu down. celaka.

yang last tu paling celaka sebab masa lu down tu lu boleh je carik gua dulu.

walaupun kita ended everything secara berhemah, tapi gua tetap tak puas hati dengan kelaku lu yang pengecut. lu takut sangat nak mengaku kat gua yang lu pun layan cintan jugak dengan gadis lu tu dulu. lu saja nak torture gua dengan tayang momen-momen gembira dengan gadis lu lepas gua dengan lu buat closure.

wishing you happy? hahahaha.

gua belum move on.