penyokong. (sokonglah rusa!)

Thursday, September 6, 2012

Penyakit Perempuan



izinkan saya nak quote satu dua ayat dalam perkataan sendiri :

"Rindu itu lebih indah jika sang kekasih saling mengingati dalam doa masing-masing."

nak lagi?

"saya tak perlukan cerita cinta seindah romeo&juliet, atau uda&dara yang direka oleh seorang manusia. saya pasti ALLAH dah rekakan cerita cinta saya sendiri yang lebih indah."

ok dah muak.

ini penyakit yang aku dah pernah terjebak sikit lima enam bulan lepas. entah tang mana aku nampak ayat2 ni sangat inspirational dan sangat best.

tak abes2 erita pasal "kamu imam, saya makmum"

aish. tolonglah. share benda2 macam ni tak menaikkan nilai seorang gadis ke satu tahap lebih tinggi pun. serius.

kalau tengok secara halus, ini salah satu cara nak promote diri. err, mungkin tak salah kot nak promote "saya masih single dan bersedia untuk menikah" tapi secara public? err...

benda, tak ubah macam budak remaja orang putih yang desperate nak boyfriend. cuba tengok balik, ada beza tak antara kita dengan mereka.

diorang tend to get a boyfriend sebab orang sekeliling diorang ada boyfriend. yang orang kita pulak, tend to get a husband just because kita lihat kawan2 kita ramai yang dah tunang, dah kahwin. so kita rasa macam bertunang dan ber-husband tu satu trend utk bebudak lewat belasan tahun dan awal 20-an sebab nampak sangat sweet. wadehek sebenarnye.

jadinye, kalau saya nak menyeru pun, nak seru kat siapa plak. seru kat diri sendiri je la. baiklah, saya menyeru kepada diri sendiri, janganlah terbabit menyebarkan quote2 yang membuai hati macam ni. memanglah kita baca nampak indah, nampak macam kita budak baik, budak baik yang bersedia pikul tanggungjawab sebagai isteri (wadehek?) tapi channel tak betul la sebenarnya kan.

kalau nak tahu channel tu betul ke tak sebenarnya, kita ambik satu role model yang betul2 kita yakin dengan iman dia, akidah dia semua. ada tak dia buat macam ni? kot iya pun ada mungkin terjemahannya lain sikit. macam ni la kot:



sebab, so far orang2 yang aku respect agamanya takde nak post2 pasal benda lagha tu. ha yes, benda tu lagha sebab ia melalaikan hati kita dan orang lain.

akan tetapi, semua bergantung kat niat. kalau ia sekadar nak bagi inspirasi kat orang2 luar yang konon2 tengah frust, ok la kot. tapi kalau setakat bagi inspirasi kat diri sendiri, better simpan sendiri je kot. orang tengok pun meluat (terutama orang2 yang minat cerita2 filem yang romantik tuh)

dan, kalau iyela utk inspirasi orang, post la kat orang tu secara peribadi.

sesungguhnya, saya memandang negatif terhadap perkongsian quote2 sebegini. tolonglah, plis, sekali lagi, menyebarkan quote2 macam ni tak menampakkan kamu sebagai seorang gadis yang baik pun. lebih nampak desperate ade. ha kalau dah desperate, baik ke maknanya?

 kalau nak doakan boyfriend, doakanlah senyap2. tak payah bagitahu kengkawan kat facebook.

kalau nak cerita cinta yang lagi hebat dari harry potter (eh?) mintaklah kat ALLAH senyap2. tak payah hebah kat facebook.

kalau nak carik imam, suruhlah mak bapak carikkan. tak payah iklan kat facebook.

akhir kalam. saya pun buat peringatan kat diri sendiri. sebenarnya, mungkin asal usul quote2 tu semua berasal dari orang2 yang hebat2 agamanya sebagai peringatan jangan terlalu taksub dgn filem atau drama, jangan terlalu kecewa ditinggalkan kekasih, jangan putus asa carik jodoh, tapi kita yang jahil tersalah guna dengan membuatkan diri sendiri terbuai buai...


saya yang tak profesional ingin mengundur diri.


. . .