penyokong. (sokonglah rusa!)

Saturday, November 3, 2012

Had The Talk.



Orang bujang-bujang dan single mingle ni, kalau cakap soal hati, sampai ke sudah takkan habis. selagi dia tak dapat (ataupun selagi tak kahwin) selagi tu la dia rasa dialah yang paling bermasalah bila bercakap pasal hubungan kat dunia ni.

ye, aku tahulah sebab aku tak kahwin lagi, kawan2 aku pun ramai yang tak kahwin lagi dari yang dah kahwin. 

intro ni macam busuk sikit.

hari tu, aku had the talk. satu sesi berdialog yang aku rasakan bukan sekadar reuniting aku dengan membe aku, tapi jugak dialog yang bukan setakat perkara sia-sia.

setelah beberapa lama aku melupakan perasaan tu, itulah kali pertama setelah beberapa lama aku merasa ditarbiyyah dan masa tu gelas aku betul-betul kosong, bukan half full, jauh sekali full.


aku terpanggil untuk terjemahkan dialog kami dalam bentuk perkataan dan ayat aku sendiri. semoga aku dapat markah lebih sebab pandai mengolah ayat.

misal kata, makcik aku bagi aku iphone 5. peh, gila eksaited kot aku. dan-dan tu jugak aku peluk cium makcik aku, cakap terima kasih banyak-banyak kali. dan-dan tu jugak aku main miskol-miskol makcik sebab nak bagi nombo telefon aku ke dia. makcik aku pun suka tengok aku suka.

"Allah suka melihat kesan nikmat pemberianNya kepada hambaNya"

masa tu, aku buat janji plastik dengan makcik aku. aku kata nanti aku selalu call dia.

tiba seminggu dua, janji aku masih tertunai. masuk dua bulan, aku makin liat nak call makcik aku. yang aku asyik buat ialah viber boipren, whatsapp bespren, call kawan-kawan, facebook, twitter dan sebagainya. kiranya, iphone 5 pemberian makcik aku tu jugaklah yang membuatkan aku terlupa makcik aku.

lalu apa makcik aku rasa? mesti dia rasa "kalau aku tahu, takdenye aku nak bagi iphone 5 ke dia"


itu cuma analogi. cuba kita terjemahkan.

Allah hadiahkan kita perasaan cinta. yang orang dok nyanyi-nyanyi cinta itu satu anugerah tuhan bla bla bla semua. nyanyi je pandai semua orang ni.

ok, aku ulang. Allah hadiahkan kita perasaan cinta. ni aku spesifikkan cinta kat manusia la. once kita ada perasaan tu, mestilah kita rasa bahagia gila. seronok tak terkata. yela, cinta da terbalas kan. masa tu kira bersyukur sangat la.

"Allah suka melihat kesan nikmat pemberianNya kepada hambaNya"

 tapi, dek sebab asyik sangat bercintanya, kita makin lupa yang sebenarnya cinta tu Allah punya. kita pinjam kejap. kita makin lupa pemilik cinta tu yang sebenar sebab kita dah terlalu menghargai cinta dengan encik/cik kekasih.

terfikir tak kita, kita sangat menghargai hadiah dari pemberi hadiah tu sendiri. kenapa kita tak jadikan hadiah tu sebagai booster untuk lebih menghargai pemberi hadiah?

kalau makcik aku tak bagi aku iphone, takdelah aku senang nak contact kawan2 macam ni.

kalau Allah tak wujudkan rasa cinta, takdelah aku dapat rasa bahagia dengan encik/cik kekasih ni.

kenapa kita tak selitkan si pemberi nikmat dalam setiap bahagia yang kita rasa? (aku bertanya diri sendiri jugak)

itulah bahaya. kita sendiri tak sedar kita lebih menghargai hadiah dari pemberi hadiah. kita lupa, Dia yang pegang hati-hati kita. bila-bila masa Dia boleh tarik balik hadiah tu. dan Dia jugak yang Maha Kuasa nak bagi hadiah tu kalau kita mintak.

cakap pasal mintak. try la mintak hati orang kat orang tu tetiba, mintak sungguh2 ni, kalau orang tu suka, jual-jual mahal sikit pastu dapatlah. kalau orang tu tak suka mampuih la kena maki, kena kutuk.

cuba kita mintak kat pemilik sebenar hati orang tu, mintak la sungguh-sungguh, kalau Dia kehendaki, Dia uji sikit, lepas tu Dia bagi;ah. kalau Dia rasa tak patut bagi, takdenye Dia nak maki kau, kutuk kau. takde.

kesimpulannya, janganlah lupakan pember hadiah yang sebenar dan pemilik serta pemegang hati yang sebenar. Dialah yang berupaya membolak-balikkan hati kita danorang lain, dalam sekelip mata.


. . .



No comments: