penyokong. (sokonglah rusa!)

Saturday, January 9, 2016

Nak jadi mukmin berjaya?

Ilmiah sikit post pepagi buta ni.

Sebenarnya teringat peristiwa tahun 2008, yakni hampir 8 tahun lepas. Phew, cukup lama gua dah tinggalkan alam persekolahan yang penuh ranjau berduri. Tett.

Gua ingat lagi, minggu tu minggu nak tasmik bacaan hafazan, dan kalau tak silap ayat hafazan yang jadi pilihan hati ustazah gua yang garang nak mampus tu (Alhamdulillah ustazah tu masih panjang umur dan disayangi ramai bekas anak murid, tak kurang jugak yang membenci tapi tu semua standard beb) ialah Surah Al-Mukminun, Ayat 1-11.

Gua takdehal kalau ustazah setakat nak tasmik ayat ni sebab ayat hafazan yang ni salah satu yang gua paling berkenan di samping surah Luqman (yang pasal Luqman bagi nasihat kat anak dia tu)

Hari yang bertuah tu, ustazah pun masuk ke kelas dengan muka membengis. Memang macam tu pun peel ustazah bila nak mengajar Quran dan Hadis. Kalau mengajar Akhlak Islamiyyah atau Sirah, muka dia rilek2 gitu je sambil bawak nota berbentuk mind map yang dah siap fotokopi untuk semua orang.

Sebaik ustazah settle down kat meja guru, dia dok belek-belek apa entah, gua pun langsung ke meja dia.

"Ustazah, saya cuti harini," gua bagitau dia tak teragak-agak. Takde niat langsung gua nak mintak tangguh giliran tasmik ke apa.

Ustazah angkat muka, tengok gua dengan muka bengis dia. konfem dalam hati dia kata 'Nak ngelat la tu. Ingat aku tak tahu..'

"Okey, awak duduk depan saya ni, tulis semula ayat hafazan tu," ustazah reply dengan tegas.

"Okey ustazah!" gua konfem dia terkejut dengan jawapan gua yang tak didahulukan dengan sebarang dolak-dalik.

Gua tarik kerusi depan dia, ambik pen dengan kertas, gua mula tulis satu-satu huruf.

Sambil-sambil tu ustazah panggil sorang-sorang yang lain untuk tasmik. Kekadang dengar dia betulkan bacaan orang.

Dalam 15 minit gua terkial-kial jugak nak mengingat baris-baris dalam ayat tu. Kalau salah tulis, mampus keras gua kena tiaw dengan ustazah kat depan kelas tu.

Selesai tulis, gua hand over kertas tu kat ustazah. Dia takde banyak cerita, ambik, baca. Pastu suruh gua duduk tempat aku balik.

Tak perfect apa yang gua tulis, gua tahu. Tapi gua seriously terkilan tak dapat tasmik depan ustazah ayat tu.

Kenapa best sangat ayat ni? Sebab dia ajar gua (dan semua orang la sepatutnya) ciri-ciri mukmin yang berjaya. Sentap beb bila terang-terang Allah dah bagitau macam mana nak jadi mukmin berjaya dalam Al-Quran, tinggal kita nak ikut tak ikut je la.

Ciri-ciri Mukmin Berjaya (7)

1. Khusyuk dalam Solat
2. Meninggalkan Perkara Lagha (Sia-sia)
3. Membayar Zakat
4. Menjaga Kemaluan (Maruah)
5. Mengotakan Janji
6. Menunaikan Amanah
7. Memelihara Solat

Last but not least, berita gembira untuk Mukmin-mukmin yang Berjaya, mereka akan mewarisi syurga firdausi, dan mereka akan kekal di dalamnya.

Bukan gua kata.

Allah kata.


No comments: