penyokong. (sokonglah rusa!)

Saturday, August 30, 2014

Cina Gila

Petang yang redup tu, Hidayah acah-acah tengah menjiwai watak gadis kampung yang dengan perwatakan ayunya mendukung anak buah yang gemuk berjalan-jalan keliling kampung.

sebenarnya bukanlah keliling kampung. setakat laman rumah je. dan lebih menarik lagi, Hidayah menggendong, yakni cara kurang sopan berbanding mendukung.

sedang tenang Hidayah mengendong anak buah yang gemuk tu, tetiba Hidayah disapa cina gila yang tinggal bertentangan dengan rumah Hidayah.

"Amoi. Ini budak lelaki ka perempuan?"

"Perempuan,"

"Haiya. Apesal tak mau beranak lelaki."

Hidayah dalam hati, acaner aku nak menjawab dengan cina ni. sekali kalau aku cakap pasal takdir Allah, lagi gila cina ni nanti.

"Dia tak mau jadi lelaki la. Dia mau jadi perempuan," okeylah kut jawab gitu. 

"Amoi tak mau kawen ka? Buat anak?"

Lagi sekali Hidayah mati akal dengan soalan standard critical thinking ni. cina ni ingat Hidayah bekas pelajar asasi undang-undang UiTM yang belajar critical thinking ke? Buat anak dia tanya.

"Saya muda lagi la," dalam hati Hidayah tengah battle biarpun riak muka Hidayah tenang menjawab soalan.

Siapa taknak kawen oi?

No comments: