penyokong. (sokonglah rusa!)

Tuesday, July 30, 2013

Lembu Bawak Kereta

saya selalu mengamuk sorang2 masa tengah driving.

sebab utama mengamuk sebab saya sedar kereta di hadapan saya ada lembu tengah driving kereta besar dan jauh lebih mahal dan canggih serta cc lebih tinggi dari kereta yang saya pandu (nota : ada unsur jeles kat sini).

macam mana saya tahu lembu yang drive kereta tu?

yela, kalau dah terlangak2, masuk simpang kiri kanan tak reti on blinker, bawak slow tapi duduk tengah2 lane, tu konfem lembu. kata saya dalam hati kecil sambil menyumpah nyumpah "oh lembu sungguh anda ini lembu"

dan selalunya saya mengambil tindakan memotong tanpa pisau kereta yang dipandu lembu tersebut.

dan ternyata meleset sekali tekaan saya bahawa lembu yang memandu. terkejut jugak bila saya perati, sifat luaran si pemandu sebenarnya 100% macam saya! manusia rupanya dia!

tapi sayang, otak lembu.

. . .

No comments: