Cik yah tadi nak tidur dah, tapi tetiba teringat kat adik
cik yah ni. cik yah rase bersalah gila tiap kali teringat pasal adik cik
yah ni. kalau bukan sebab cik yah pentingkan diri, masak sambal goreng
pedas2, takdelah adik cik yah tu makan. lepas tu, esoknya masa dia ambik
paper matematik SPM, dia sakit perut. kat sekolah pulak takde air.
terus dia tinggalkan paper dia, balik rumah. padahal adik cik yah kata
dia boleh buat paper tu.
masa adik cik yah cerita balik
pasal tu, cik yah rasa ralat sangat. lepas tu result keluar, dia dapat
D. cik yah pikir, kalau dia tak sakit perut, mesti at least boleh dapat
kredit. memang penyesalan terbesar cik yah masa tu. memanglah adik cik
yah cool je, benda dah jadi. tapi cik yah yang rasa bersalah sangat.
memanglah semua tu takdir. tapi sepatutnya takdir yang kita boleh ubah, tak boleh la nak serahkan bulat2. malangnya, kita tak boleh ubah apa yang dah jadi. yang kita boleh buat ialah adjust masa sekarang dan masa depan.
so
lepas tu cik yah pasang azam nak tolong adik cik yah tu. cik yah nak
bagi dia sambung belajar jgk tak kira apa pun. first step, cik yah suruh
dia ambik paper july. tapi, adik cik yah tu re-sit lepas setahun, semua
benda dah hilang dari kepala. re-sit paper matematik je, makin teruk
ade la sebab takde siape nak ajar die. cik yah mase tu tengah sibuk
final exam. lagi sekali cik yah rase ralat.
cik yah
memang ade suruh adik cik yah apply pra-diploma uitm. pra-diploma ni
khas untuk orang2 yang special case macam adik cik yah. tapi adik cik
yah ni macam nak tak nak je. bila tak dapat apa2 jawapan, dia buat tak
reti je. lepas tu sekarang die dah dekat 2 tahun kerja kat KL.
tapi,
sampai bila die nak kerja tu kan. tak boleh naik pangkat pun. nanti dia
nak jugak ada masa depan, nak kahwin, nak belanja mak abah semua, nak
beli kereta, beli rumah.
masa lepas dapat result
matematik paper july dia yang teruk sikit dari SPM tu, cik yah dah pikir
mungkin adik cik yah ni boleh terus kerja. mungkin bidang dia bukan
bidang akademik, so cik yah biarkan dia kalau dia nak majukan diri
sendiri melalui bidang bukan akademik. cik yah bukan kisah sangat pun
orag ni belajar tinggi tak, asalkan ada asa, ada matlamat nak majukan
diri, ok you can go on. samalah macam adik cik yah.
tapi
cik yah risau sangat. entahlah, cik yah rasa insecure kalau cik yah tak
bantu adik cik yah utk at least dapatkan diploma ke, sijil ke sebab cik
yah masih rasa ralat pasal paper matematik dia.
so,
cik yah rasa, cik yah nak isikan borang Mengubah Destini Anak Bangsa
(MDAB). ni sebenarnya ada kat uitm je, so cik yah harap sangat2 adik cik
yah ada rezeki. harap2 bila dapat, adik cik yah akan consider. cik yah
tak nak paksa dia sambung belajar, cik yah bagi kebebasan kat dia untuk
memilih. cik yah cuma bagi jalan yang tipikal.
kalau ada sesiapa berminat, boleh download sekali kat
SINI
1- klik kat gambar disket (pilih la program MDAB atau MDOA)
2- download dan save
3- pergi print lepas tu isi bagi lengkap, jangan lupa mintak cop.
4-pos ke cawangan uitm yang paling dekat.
harap2
ape yang cik yah share ni bagi manfaat kat orang lain. dan cik yah doa,
Allah berkatilah usaha cik yah nak tolong adik cik yah, permudahkanlah
perjalanan adik cik yah ni. amin..
. . .